1. Tanda Isyarat Lalulintas Bahaya

078  Jalan Tidak Rata
  • Perlahankan Kenderaan
  • Tukarkan atau rendahkan gear dan teruskan perjalanan.
082 Selekoh Bahaya
  • Perlahankan kenderaan.
  • Dilarang memotong.
  • Pandu dengan berhati-hati.
010 Persimpangan Jalan / Simpang Empat
  • Berhenti di setiap simpang empat.
  • Perhatikan kenderaan di sebelah kanan dan hadapan.
  • Beri laluan kepada kenderaan dari sebelah kanan.
1 Lintasan Keretapi Berpagar
  • Perlahankan kenderaan ketika menghampiri tanda ini.
  • Berhenti dan tunggu sehingga pintu dibuka.
  • Pandu dengan berhati-hati.
5 Lintasan Keretapi Berpagar Automatik
  • Perlahankan kenderaan ketika menghampiri tanda ini.
  • Berhenti dan tunggu sehingga pintu dibuka.
  • Selepas pintu dibuka pandulah dengan berhati-hati.
6 Lintasan Keretapi Tidak Berpagar
  • Perlahankan kenderaan ketika berhampiran tanda ini.
  • Berhenti dan pastikan tiada keretapi sebelum meneruskan perjalanan.
7 Menuruni Bukit Curam
  • Perlahankan kenderaan apabila melihat tanda ini.
  • Gunakan gear rendah.
  • Dilarang memotong.
  • Tidak boleh pusing balik.
8 Mendaki Bukit Curam
  • Pandulah dengan berhati-hati.
  • Gunakan gear rendah.
  • Dilarang memotong.
  • Tidak boleh pusing balik.
9 Laluan Sempit Dihadapan
  • Perlahankan kenderaan.
  • Beri laluan kepada kenderaan dari hadapan.
10 Jalan Bengkang-Bengkok Sejauh ...KM
  • Perlahankan kenderaan.
  • Dilarang memotong.
  • Pandulah dengan berhati-hati.
11 Bahu Jalan Lembut
  • Pandu dengan berhati-hati.
  • Berhati-hati sebelum memotong.
  • Awas tepi jalan lembut.
12 Jalan Licin
  • Perlahankan kenderaan.
  • Pandu dengan berhati-hati.
  • Merbahaya ketika memotong.
  • Memerlukan jarak yang selamat untuk berhenti.
13 Lintasan Pejalan Kaki
  • Perlahankan kenderaan ketika melihat tanda ini.
  • Berhenti sekiranya ada orang melintas dan pandu dengan berhati-hati.
  • Tidak boleh membunyikan hon.
14 Kawasan Kanak-Kanak Melintas
  • Perlahankan kenderaan di kawasan ini.
  • Patuhi arahan pegawai lalulintas.
  • Beri laluan kepada orang melintas dan pandu dengan berhati-hati.
  • Tidak boleh membunyikan hon.
15 Bahaya-Bahaya Lain
  • Pandu dengan berhati-hati kerana kemungkinan ada bahaya-bahaya tertentu.
16 Awas
  • Pandu dengan berhati-hati kerana kemungkinan ada bahaya-bahaya tertentu.
17 Isyarat Berhenti Di Hadapan
  • Perlahankan kenderaan apabila menghampiri tanda ini.
  • Berhenti dan tentukan keadaan selamat barulah teruskan perjalanan.
18 Isyarat Beri Laluan Di Hadapan
  • Perlahankan kenderaan anda.
  • Bersedia untuk berhenti kerana di hadapan ada isyarat beri laluan.
19 Liku Ke Kiri
  • Ikutlah arahan anak panah untuk membelok ke kiri sahaja.
20 Liku Ke Kanan
  • Ikutlah arahan anak panah untuk membelok ke kanan sahaja.
21 Jalan Semakin Sempit Di Sebelah Kiri
  • Perlahankan kenderaan apabila melihat tanda ini.
  • Beri laluan kepada kenderaan dari sebelah kanan hadapan.
  • Dilarang memotong.
  • Pandu dengan berhati-hati.
22 Jalan Semakin Sempit Di Sebelah Kanan
  • Perlahankan kenderaan apabila melihat tanda ini.
  • Beri laluan kepada kenderaan dari sebelah kiri hadapan.
  • Dilarang memotong.
  • Pandu dengan berhati-hati.
23 Lampu Isyarat Di Hadapan
  • Pandu dengan berhati-hati.
  • Patuhi lampu isyarat.
  • Merah = berhenti, Kuning = bersedia untuk berhenti dan Hijau = jalan jika keadaan selamat.
24 Halangan Di Hadapan
  • Awas! Halangan di hadapan.
  • Perlahankan kenderaan.
25 Tanda Halangan
  • Pandu dengan berhati-hati melalui tanda halangan.
  • Pastikan jalan selamat sebelum meneruskan perjalanan.
26 Persimpangan Kiri Dan Kanan
  • Perlahankan kenderaan.
  • Beri isyarat ketika membelok.
  • Rapatkan kenderaan ke arah yang dikehendaki.
27 Persimpangan Jalan Kecil Di Sebelah Kanan
  • Perlahankan kenderaan.
  • Beri isyarat jika berhasrat untuk membelok ke kanan.
  • Beri laluan kepada kenderaan dari hadapan.
28 Persimpangan Jalan Kecil Di Sebelah Kiri
  • Perlahankan kenderaan.
  • Beri isyarat ketika membelok ke kiri.
  • Belok ke kiri jika keadaan selamat.
29 Persimpangan Jalan Ke Kanan
  • Perlahankan kenderaan.
  • Beri isyarat jika berhasrat untuk membelok ke kanan.
  • Beri laluan kepada kenderaan dari hadapan.
30 Persimpangan Jalan Ke Kiri
  • Perlahankan kenderaan.
  • Beri isyarat jika berhasrat untuk membelok ke sebelah kiri.
31 Simpang Kanan
  • Pandu dengan berhati-hati.
  • Beri isyarat sebelum membelok ke kanan
  • Beri laluan kepada kenderaan dari hadapan.
  • Pandu kenderaan ke tengah jalan kemudian belok ke kanan.
32 Simpang Kiri
  • Pandu dengan berhati-hati.
  • Beri isyarat sebelum membelok ke kiri.
  • Rapatkan kenderaan di sebelah kiri.
  • Belok ke kiri dan teruskan perjalanan.
33 Simpang Tiga Di Hadapan
  • Beri isyarat sebelum membelok ke kiri atau ke kanan.
  • Berhenti apabila tiba di persimpangan.
  • Jika tiada kenderaan, teruskan perjalanan.
34 Lorong Mendaki
  • Kenderaan berat hendaklah berada di lorong sebelah kiri.
  • Kenderaan yang hendak memotong gunakan lorong sebelah kanan.
  • Berhati-hati apabila mendaki.
35 Lorong Menurun
  • Kenderaan berat yang dipandu perlahan hendaklah menggunakan lorong di sebelah kiri.
  • Kenderaan yang hendak memotong hendaklah menggunakan lorong di sebelah kanan.
  • Berhati-hati terhadap kenderaan yang dipotong dan kenderaan yang datang dari hadapan.
36 Batu/Tanah Runtuh
  • Berhati-hati apabila melalui kawasan ini.
  • Pastikan keadaan jalan selamat sebelum meneruskan perjalanan.
37 Bulatan Di Hadapan
  • Pastikan kedudukan di lorong ketika melihat tanda ini.
  • Beri laluan kepada kenderaan dari sebelah kanan.
  • Perlahankan kenderaan, beri isyarat yang betul dan teruskan perjalanan sekiranya keadaan selamat.
38 Kawasan Lembu Melintas
  • Perlahankan kenderaan.
  • Bersedia memberhentikan kenderaan apabila mendapati binatang melintas.
39 Orang Buta Melintas
  • Perlahan dan berhentikan kenderaan sekiranya ada orang buta melintas.
40 Lintasan Untuk Orang Cacat
  • Perlahankan dan berhentikan kenderaan sekiranya ada orang cacat melintas.
41 Pembahagi Lebuh Raya / Jalan Tamat
  • Anda akan melepasi lebuh raya pembahagi jalan. Perhatikan kenderaan yang datang dari arah hadapan.
42 Pembahagi Lebuh Raya / Jalan Di Hadapan
  • Anda akan menempuh lebuh raya pembahagi jalan. Berhati-hati dan lihatlah pembahagi jalan tersebut dari arah kenderaan di hadapan anda.
43 Jalan Bercabang (Double Arrow Sign)
  • Perlahankan kenderaan.
  • Beri laluan kepada kenderaan di hadapan.
  • Ikut lorong yang betul.
44 Lalulintas Dua Hala
  • Berhati-hati ketika memandu, pastikan keadaan lalulintas selamat sebelum memotong.
45 Jambatan Sempit Di Hadapan
  • Perlahankan kenderaan, beri laluan kepada kenderaan di hadapan.
46 Tanda Arah Selekoh Ke Kanan
  • Perlahankan kenderaan anda apabila menghampiri selekoh.
  • Perhatikan arah selekoh.
47 Tanda Arah Selekoh Ke Kiri
  • Perlahankan kenderaan anda apabila menghampiri selekoh.
  • Perhatikan arah selekoh.
48 Kawasan Sekolah Di Hadapan
  • Perlahankan kenderaan dan patuhi had laju yang di benarkan.
  • Tidak boleh membunyikan hon.
49 Persimpangan Kiri dan Kanan
  • Perlahankan kenderaan.
  • Beri isyarat semasa hendak membelok ke kiri atau ke kanan.
  • Rapatkan kenderaan ke arah yang hendak di tuju.
50 Binatang Liar Melintas
  • Perlahankan kenderaan.
  • Bersedia untuk berhenti apabila binatang liar melintas.
51 Stesen Jambatan Timbang
  • Semua kenderaan berat mesti mematuhi isyarat kebenaran melalui jambatan ini.
52 Bonggol Di Hadapan
  • Perlahankan kenderaan.
  • Pandu dengan berhati-hati.
53 Persimpangan Di Hadapan, Tidak Boleh Masuk Ke Kanan
  • Di hadapan ada persimpangan.
  • Pastikan jalan mana yang tidak dibenarkan masuk.
  • Masuk ke jalan yang dibenarkan sahaja.
54 Padang Permainan
  • Perlahankan kenderaan.
  • Bersedia untuk berhenti apabila di dapati sesuatu di atas jalan.
55 Angin Lintang
  • Pandu dengan berhati-hati
  • Bersedia untuk berhenti apabila angin terlalu kencang.

2. Tanda Isyarat Lalulintas Larangan

56 Kenderaan Dilarang Masuk
  • Semua kenderaan tidak dibenarkan masuk ke kawasan ini.
57 Dilarang Membelok Ke Kiri
  • Semua kenderaan tidak dibenarkan membelok ke kiri.
58 Dilarang Membelok Ke Kanan
  • Semua kenderaan tidak dibenarkan membelok ke kanan.
59 Dilarang Berpusing Balik
  • Semua kenderaan tidak dibenarkan berpusing balik.
60 Kenderaan Berat Melebihi ....Tan Dilarang Masuk
  • Semua kenderaan yang melebihi had berat yang ditetapkan tidak dibenarkan masuk.
61 Kereta Lembu, Basikal, Beca Dan Basikal Roda Tiga Tidak Boleh Masuk
  • Kenderaan-kenderaan seperti yang dinyatakan tidak dibenarkan menggunakan jalan yang mempunyai tanda ini.
62 Kenderaan Melebihi Had Ketinggian Yang Ditetapkan Dilarang Masuk
  • Kenderaan yang tingginya lebih daripada yang dihadkan mengikut isyarat ini tidak dibenarkan masuk. (Contoh:4.5 meter)
63 Had Laju
  • Semua kenderaan tidak dibenarkan melebihi had laju yang ditetapkan.
64 Had Laju Berakhir
  • Apabila melihat tanda ini pemandu boleh menambahkan had laju.
65 Berhenti Di Persimpangan
  • Semua kenderaan dihendaki berhenti apabila melihat tanda ini.
  • Berhenti, pandang ke kiri dan ke kanan.
  • Apabila tiada kenderaan yang lain, teruskan perjalanan.
66 Dilarang Meletak Kenderaan
  • Semua pemandu tidak dibenarkan meletak kenderaannya di tempat yang diletakkan tanda ini.
67 Dilarang Berhenti
  • Semua kenderaan tidak dibenarkan berhenti di kawasan yang mempunyai tanda ini.
68 Beri Laluan
  • Perlahankan kenderaan.
  • Beri laluan kepada kenderaan yang datang dari arah kanan.
69 Dilarang Memotong
  • Apabila melalui kawasan bertanda di atas patuhilah arahan dilarang memotong.
70 Motosikal Dilarang Masuk
  • Kenderaan seperti motosikal dilarang masuk.
71 Kenderaan Melebihi ...Meter Lebar Dilarang Masuk
  • Kenderaan yang melebihi had lebarnya dilarang masuk sama sekali. (Contoh: 2.5 meter)

3. Tanda Isyarat Lalulintas Mandatori

72 Jalan Terus Atau Ke Kanan Sahaja
  • Pandu kenderaan mengikut isyarat anak panah.
  • Jika berhasrat membelok ke kanan, perlahankan kenderaan, beri isyarat dan belok ke kanan.
73 Ikut Arah Anak Panah (Ke Hadapan)
  • Pandu kenderaan mengikut isyarat anak panah.
74 Belok Ke Kanan Sahaja
  • Pandu kenderaan mengikut isyarat anak panah.
75 Ikut Arah Anak Panah Ke Kiri
  • Pandu kenderaan mengikut isyarat anak panah.
76 Lorong Basikal Sahaja
  • Gunakan lorong disediakan sahaja.
  • Kenderaan lain selain daripada basikal dilarang gunakan lorong ini.
77 Lorong Basikal Tiga Roda
  • Gunakan lorong disediakan sahaja.
  • Kenderaan lain selain daripada basikal dilarang gunakan lorong ini.
78 Lorong Motosikal Sahaja
  • Gunakan lorong yang disediakan sahaja.
  • Kenderaan lain selain daripada motosikal dilarang gunakan lorong ini.
79 Lorong Beca Sahaja
  • Gunakan lorong disediakan sahaja.
  • Kenderaan lain selain daripada beca roda tiga dilarang gunakan lorong ini.
80 Lorong Kereta Lembu Sahaja
  • Gunakan lorong yang disediakan sahaja.
  • Kenderaan lain selain daripada kereta lembu dilarang gunakan lorong ini.

4. Tanda Isyarat Lalulintas Memberitahu

81 Tempat Meletak Kenderaan
  • Dibenarkan meletak kenderaan di kawasan ini.
82 Hospital
  • Perlahankan kenderaan.
  • Jangan sesekali membunyikan hon.
83 Ikut Kiri
  • Pandu kenderaan di sebelah kiri.
84 Dilarang Membunyikan Hon
  • Tidak dibenarkan sama sekali membunyikan hon.
85 Perhentian Bas
  • Perlahankan kenderaan.
  • Pandu dengan berhati-hati.
  • Tidak dibenarkan meletak kenderaan dalam jarak 9 meter.
86 Papan Tanda
  • Anda sedang berada di bandar atau kampung yang ditunjukkan.
87 Papan Tanda Tunjuk Arah
  • Pandu kenderaan mengikut arah yang ditunjukkan.
88 Papan Tanda Tunjuk Arah Bulatan
  • Petunjuk di hadapan menunjukkan bulatan. Berada di lorong yang betul dengan arah tuju anda.
  • Perlahankan kenderaan apabila menghampiri bulatan ini.
89 Papan Tanda Tempat Tuju / Destinasi
  • Di hadapan ada jalan susur ke bandar besar.
90 Papan Tanda Tunjuk Arah Dengan Papan Tanda Kawasan Pelancongan
  • Di hadapan terdapat jalan arah ke kawasan pelancongan dan bandar utama.
91 Papan Tanda Tunjuk Arah Dengan Papan Tanda Ke Lebuh Raya
  • Di hadapan terdapat jalan arah ke lebuh raya dan bandar utama.
92 Papan Tanda Panduan Arah Di Atas Gantri
  • Di hadapan adalah jalan ke arah bandar-bandar utama.
93 Papan Tanda Tunjuk Arah Di Lebuh Raya
  • Di hadapan terdapat jalan ke bandar-bandar utama.
94 Papan Tanda Jarak
  • Jarak jauh bandar-bandar utama adalah ......km.
95 Papan Tanda Jarak
  • Jarak jauh bandar-bandar utama adalah ......km.
96 Arah Jalan Dari Simpang
  • Di hadapan ada jalan ke bandar besar.
97 Petunjuk Tempat Dari Simpang
  • Arah menunjukan tempat dari simpang.
98 Lapangan Terbang
  • Arah tuju ke lapangan terbang.
99 Petunjuk Tempat Dari Simpang
  • Telefon Awam di hadapan.
  • Tidak boleh membunyikan hon.
100 Stesen Minyak
  • Stesen minyak ... di hadapan.
101 Jalan Mati
  • Perlahankan kenderaan kerana tiada jalan di hadapan.
102 Pusat Kesihatan
  • Perlahankan kenderaan.
  • Sentiasa berhati-hati. Beri keutamaan kepada ambulan.
  • Jangan letak kereta di pintu masuk atau keluar hospital.
  • Jangan bunyikan hon.
103 Dibenarkan Berpusing Balik
  • Boleh membuat pusingan balik (U).
104 Zon Had Laju Di Hadapan
  • Berhati-hati apabila tiba di kawasan ini dan patuhi had laju yang telah ditetapkan.
  • Kawasan yang selalu mempunyai isyarat ini ialah kawasan bandar, berhampiran sekolah dan kawasan kemalangan.
105 Paip Bomba
  • Tidak dibenarkan meletak kenderaan dalam jarak 3 meter daripada paip bomba.
106 Kereta Lembu, Basikal, Beca Dan Basikal Tiga Roda Boleh Masuk
  • Kenderaan jenis ini sahaja dibenarkan menggunakan jalan ini.

5. Tanda Isyarat Lalulintas Sementara

107 Jalan Sedang Dibaiki
  • Perlahankan kenderaan dan perhatikan isyarat-isyarat sementara yang disediakan.
  • Beri laluan kepada kenderaan yang datang dari arah hadapan.
  • Apabila selamat barulah mulakan perjalanan.
108 Longgokan Bahan Binaan Di Tepi Jalan
  • Perlahankan kenderaan dan perhatikan isyarat-isyarat sementara yang disediakan.
  • Berhenti apabila melihat kenderaan yang datang dari arah hadapan.
  • Apabila selamat barulah mulakan perjalanan.
  • Jangan pandu terlalu hampir dengan bahan binaan tersebut.
109 Jalan
  • Apabila lampu hijau menyala anda boleh meneruskan perjalanan sekiranya tidak ada halangan.
110 Berhenti
  • Apabila lampu kuning menyala anda dikehendaki berhenti jika anda terlalu hampir dengan garisan dan jika tidak selamat untuk berhenti, teruskan perjalanan.
111 Berhenti
  • Apabila lampu isyarat merah menyala anda dikehendaki berhenti dan jangan sekali-kali melintas atau meneruskan perjalanan.
112 Berhenti Kanak-Kanak Melintas
  • Perlahankan kenderaan apabila menghampiri kawasan ini.
  • Jika ada kanak-kanak melintas, berhenti dan beri peluang kepada mereka melintas.
  • Setelah memerhatikan kiri dan kanan serta memastikan keadaan selamat teruskan perjalanan.
113 Kerja-Kerja Pembaikan Jalan Hadapan
  • Perlahankan kenderaan bila melihat tanda ini kerana kerja-kerja pembaikan jalan sedang dilakukan.
114 Lencongan
  • Perlahankan kenderaan melihat tanda ini dan ikut petunjuk.
115 Rintangan
  • Perlahankan kenderaan dan ikut lencungan yang diarahkan kerana ada rintangan di hadapan.
116 Tanda Halangan
  • Pandu dengan berhati-hati apabila melalui tanda halangan.
  • Pastikan jalan selamat sebelum meneruskan perjalanan.
117 Lorong Tengah Ditutup Kepada Lalulintas
  • Perlahankan kenderaan dan patuhi arahan lalulintas.
  • Ikut lorong yang dibenarkan dan pandu dengan berhati-hati.
118 Lorong Kanan Ditutup Kepada Lalulintas
  • Perlahankan kenderaan dan patuhi arahan lalulintas.
  • Ikut lorong yang dibenarkan dan pandu dengan berhati-hati.
119 Lorong Kiri Ditutup Kepada Lalulintas
  • Perlahankan kenderaan dan patuhi arahan lalulintas.
  • Ikut lorong yang dibenarkan dan pandu dengan berhati-hati.
220 Tanda Halangan
  • Pandu dengan berhati-hati apabila melalui tanda halangan.
  • Pastikan jalan selamat sebelum meneruskan perjalan.

6. Tanda Garisan Di Atas Jalanraya

221 Chevron
  • Dilarang memasuki dan memandu di dalam kawasan ini.
222 Dua Garisan Terus
  • Dilarang memotong.
  • Dilarang membuat pusingan U.
223 Satu Garisan Terus Dan Satu Garisan Putus-Putus
  • Kenderaan di selekoh garisan terus dilarang memotong.
  • Dilarang meletak kenderaan dimana terdapat satu garisan.
224 Garisan Putus-Putus
  • Boleh memotong sekiranya selamat.
225 Satu Garisan Terus Berwarna Kuning Yang Terdapat 12 Inci Daripada Tepi Jalan
  • Dilarang meletak kenderaan di sepanjang jalan tersebut.
Perkataan-perkataan yang
berkaitan seperti ‘Berhenti atau
Lukisan Panah’ letak kenderaan
atau kawasan larangan
Ikut Arahan Perkataan Atau Anak Panah
  • Menunujukkan tempat rezab khas berhenti, tempat letak kenderaan atau kawasan larangan.

7. Tanda Dan Isyarat Tangan Polis Trafik

226

Kenderaan dari hadapan dan belakang mesti berhenti.
Kenderaan dari hadapan di arah ke kanan.
227

Kenderaan dari kanan, kiri dan belakang mesti berhenti.
Kenderaan dari hadapan boleh membelok ke kanan.
228

Kenderaan di hadapan dan belakang mesti berhenti.
Lalulintas dari sebelah kanan teruskan perjalanan
mengikut arahan yang ditunjukkan.
229

Kenderaan dari kiri dan kanan boleh bergerak.
230

Kenderaan dari hadapan mesti berhenti.

8. Tanda Isyarat Tangan Pemandu / Penungang Motosikal / Kereta

231
Apabila membelok ke kanan.
232
Apabila memperlahankan kenderaan.
233
Apabila membelok ke kiri.
234
Apabila memberhentikan kenderaan.
*Nota : Pemandu juga perlu memberi perhatian kepada tanda-tanda isyarat terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia.