Kelayakan umur untuk memandu

driving

Untuk mengambil lesen Kelas B dan B2, seseorang itu haruslah berumur 16 tahun manakala 17 tahun adalah umur untuk mendapatkan lesen Kelas D (kereta). Tetapi ada golongan-golongan yang ingin tahu, sampai berapa umurkah seseorang itu boleh memandu?

Sebenarnya, undang-undang Malaysia tidak nyatakan perkara ini secara jelas. Oleh yang demikian, bagaimanan pula? Jawapannya agak mudah sahaja. Memandulah selagi kita berdaya. Walau bagaimanapun, harus ada kriteria tertentu demi mengukur sama ada seseorang itu layak ataupun tidak terus memandu.

Kriteria pertama sudah tentu adalah soal “penglihatan”. Untuk memandu, kebolehan melihat dengan baik amatlah penting. Seorang yang “normal” di anggap boleh lihat dengan baik jarak 23 meter. Dengan demikian, boleh juga melihat datangnya sesebuah kenderaan dari jarak 100 meter jauhnya.

Sudah tentu kita akan was-was dengan seseorang yang berusia 77 tahun itu dapat melihat dengan baik tanpa bantuan cermin mata atau “lensa kontak”.
Keseluruhannya, seorang pemandu yang sudah lanjut usianya harus dapat melihat lampu isyarat dengan baik. Dapat melihat lampu isyarat dengan baik dan jelas amat penting sekali.

Selain daripada itu, seseorang pemandu juga di harap melihat tanda-tanda nama jalan serta petunjuk-petunjuk jalan. Ini penting kerana jika tidak boleh melihat perkara-perkara tersebut mungkin menjejaskan pemanduan seseorang pemandu.

Faktor kriteria kedua ialah “pendengaran”. Untuk memandu dengan baik, seseorang pemandu itu mestilah dapat mendengar enjin-enjin kereta yang datang dari belakangnya. Boleh dengar siren-siren kereta polis, bunyi-bunyi kereta ambulans dan tiupan wisel polis juga mustahak.

Oleh demikian, pada pendapat saya, umur bukan faktor utama demi menentukan sama ada seseorang pemandu itu boleh di gantung atau di larang daripada memandu. Sekiranya pemandu itu mempunyai penglihatan yang baik, pendengarannya tajam, kaki tangannya pantas dan dia dapat bergerak dengan pantas dalam situasi kecemasan, dengan adanya kesemua ini, tiada larangan untuk terus memandu.

Akhir kata, umur adalah suatu nombor atau angka sahaja semata-mata. Ada kriteria-kriteria yang saya utarakan yang lebih mustahak. Kepada pemandu-pemandu yang sudah lanjut umur ke 77, 88 ataupun 99, jangan risau sangat. Tiada undang-undang di Malaysia yang melarang anda terus memandu di jalan-jalan raya kita.

Tetapi harus ingat, memandu itu hendaklah berhati-hati. Pendek kata, pandulah dengan berhemat.

Sumber: http://driving-school.com.my

Anggota polis maut motosikal melanggar treler
Cara-cara untuk lulus ujian undang-undang JPJ