1. Maklumat Yang Dikumpul

Kami boleh mengumpul maklumat peribadi, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor telefon dan alamat e-mel. Maklumat peribadi merangkumi maklumat yang berkait secara langsung dengan anda atau sebaliknya dan mungkin boleh menyebabkan anda dikenal pasti. Dengan memberikan maklumat peribadi anda kepada kami, anda adalah dianggap telah memberikan kebenaran kepada pengumpulan, penggunaan, akses, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda seperti yang dinyatakan di dalam Polisi Privasi ini. Kami juga boleh mengumpul maklumat am yang dijana secara automatik seperti alamat IP anda serta cookie.

2. Penggunaan Maklumat

Kami boleh mengumpul dan menggunakan maklumat yang telah diberikan oleh anda untuk tujuan melaksanakan fungsi kami sebagaimana yang telah digariskan di dalam Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771).

3. Pendedahan Maklumat Peribadi Anda

Kecuali seperti yang dilarang oleh undang-undang, kami boleh mendedahkan maklumat anda kepada pihak berkaitan untuk tujuan melaksanakan fungsi kami sebagaimana yang dinyatakan di dalam Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771).

4. Maklumat Tidak Lengkap

Sila ambil maklum bahawa kami mungkin tidak dapat memberikan maklum balas atau bantuan kepada anda sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan maklumat wajib yang diperlukan pihak kami.

5. Pembetulan atau Pemadaman Maklumat Peribadi

Anda boleh mengubah, membetulkan atau memadam sebarang maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan menghantarkan e-mel kepada kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

6. Semakan Semula Polisi Privasi

Polisi Privasi ini boleh diubah dari semasa ke semasa. Sila semak laman web ini dengan kerap untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan polisi kami.

7. Pemakaian

Polisi Privasi ini hanyalah terpakai kepada laman web kami sahaja dan tidak terpakai kepada sebarang pautan luar atau laman web pihak ketiga yang anda layari melalui laman web kami.